03 May.
Posted by
cikgu nadia
|
0
comments
Tuan Muda mendapat ganjaran.
Tuan Muda Afeef sedang menikmati hidangan aiskrim Tutti Frutti idaman hatinya dengan penuh bahagia
Aplikasi Teknik Memberikan Ganjaran Cara Nabi Muhammad SAW
Dek teruja selama ini mengikuti perkembangan aplikasi teknik dorongan cara nabi muhammad SAW oleh rakan-rakan, kali ini kami memilih untuk melakukan salah satu lagi tekniknya.
Dek teruja selama ini mengikuti perkembangan aplikasi teknik dorongan cara nabi muhammad SAW oleh rakan-rakan, kali ini kami memilih untuk melakukan salah satu lagi tekniknya.
Sepanjang
tempoh persediaan pra dan ketika peperiksaan yang baru berlalu, Afeef
telah menunjukkan kesungguhan dan fokus yang meningkat berbanding dengan
sebelumnya. Latih-tubi ulangkaji dilakukan secara berterusan dan
bersungguh-sungguh. Tempo pembelajarannya bertukar dari berjalan-jalan
santai kepada berlari-lari. Beliau juga lebih berdisiplin mengikuti
jadual hariannya. JUga amalan-amalan tambahan seperti sembahyang hajat
dan sunat turut tidak dilupakan.
Impaknya, beliau
lebih bersedia dan yakin kala hari peperiksaan. Tiada reaksi 'jiwa
kacau' yang ditunjukkan kala pulang dari sekolah pada hari peperiksaan.
[aksi jiwa kacau ini akan terjadi apabila beliau menghadapi
kesukaran/ketidakpastian semasa peperiksaan]
Apabila
ditanya tentang bagaimana beliau menghadapi peperiksaannya, tiada lagi
jawapan yang berbunyi 'Entahlah' atau 'Tak tahulah'.. Jawapan yang lebih
positif dan berbunga harapan menjadi pengganti.
alhamdulillahhh...syukur pada allah swt
Keputusan
peperiksaan belum lagi diketahui, tetapi sebagai ganjaran di atas
perubahannya yang sungguh positif , Afeef dibelanja abahnya Tutti Frutti
yang sangat disukainya.
[Perlu dinyatakan dengan jelas ganjaran itu untuk apa perbuatan baik dan positif yang telah dilakukan]
Sekiranya
diizin Allah keputusan kali ini cemerlang, kami akan fikirkan ganjaran
positif yang lain tapi buat masa ini tiada janji apa-apa yang diberikan
sebagai 'umpan' kejayaan.
Afeef telah sedia faham yang usahanya untuk belajar perlu dibebaskan dari pengharapan habuan atau janji-janji kebendaan.
Afeef telah sedia faham yang usahanya untuk belajar perlu dibebaskan dari pengharapan habuan atau janji-janji kebendaan.
............................................................................................................................
Memetik satu catatan dari blog cikgu Khairulaniza Khairuddin [ini antara rakan sumber inspirasi saya]:
"Nabi
Muhammad ada memberi ganjaran material. Sebagai contoh, selepas perang
Nabi Muhammad membahagi-bahagikan harta rampasan perang kepada anggota
tenteranya.
Beberapa panduan memberikan ganjaran sosial cara Nabi Muhammad.
- Ganjaran diberikan selepas prestasi kerja mereka meningkat naik, yakni ada kemajuan.
- Semua orang dalam kumpulan menerima ganjaran material masing-masing, yakni tidak ada yang tidak menerima ganjaran material.
- Nabi tidak mengucapkan janji akan memberi hadiah sebelum kerja dilakukan.
0 comments: