14 May 2013

Posted by cikgu nadia | 0 comments

Bila akhlak jadi pertaruhan...

Kelmarin saya menyaksikan satu insiden yang melibatkan pelajar ponteng. Kumpulan pelajar ini ditangkap ketika asyik melayari internet di kafe cyber ketika waktu persekolahan. Pelajar-pelajar ini juga merupakan pelajar yang  mempunyai rekod disiplin corot di sekolah.Lagi memburukkan keadaan, ada di antara pelajar tesebut yang cuba menipu maklumat diri  dan ini menaikkan kemarahan anggota polis tersebut. Keras tindakan anggota polis tersebut terhadap pelajar yang terlibat. Ketika itu kami cuma diam dan biarkan polis menguruskan keadaan.
Seterusnya, ibu-bapa pelajar ini dipanggil ke sekolah dan kes ini diselesaikan di bilik disiplin. Pastinya rekod peribadi  mereka bakal bercalit demerit baru.

Ketika itu, berlegar di dalam fikiran saya bagaimana mahu menjustifikasikan tindakan keras polis dan tindakan berdiam diri saya. Saya dihambat rasa bersalah sebenarnya. Saya pujuk hati dengan mengandaikan yang pelajar-pelajar ini sedang menerima akibat dari pilihan  tindakan mereka sendiri.


Yang salah itu tetap salah, persoalannya apakah tindakan terbaik yang perlu diambil untuk mengelakkan pelajar-pelajar ini daripada terus terjebak dengan kesalahan di masa hadapan.
Mereka ini bukan pelajar-pelajar yang selalu bertamu di pusat sumber. Harus lebih gigih memikirkan cara bagaimana saya boleh menghulurkan  bantuan untuk mendorong mereka.

Hanya MAHU yang akan menghidupkan  TAHU.





0 comments: