Slide 1 Slide 2 Slide 3 Slide 4 Slide 5

14 May 2013

Posted by cikgu nadia | 0 comments

Bila akhlak jadi pertaruhan...

Kelmarin saya menyaksikan satu insiden yang melibatkan pelajar ponteng. Kumpulan pelajar ini ditangkap ketika asyik melayari internet di kafe cyber ketika waktu persekolahan. Pelajar-pelajar ini juga merupakan pelajar yang  mempunyai rekod disiplin corot di sekolah.Lagi memburukkan keadaan, ada di antara pelajar tesebut yang cuba menipu maklumat diri  dan ini menaikkan kemarahan anggota polis tersebut. Keras tindakan anggota polis tersebut terhadap pelajar yang terlibat. Ketika itu kami cuma diam dan biarkan polis menguruskan keadaan.
Seterusnya, ibu-bapa pelajar ini dipanggil ke sekolah dan kes ini diselesaikan di bilik disiplin. Pastinya rekod peribadi  mereka bakal bercalit demerit baru.

Ketika itu, berlegar di dalam fikiran saya bagaimana mahu menjustifikasikan tindakan keras polis dan tindakan berdiam diri saya. Saya dihambat rasa bersalah sebenarnya. Saya pujuk hati dengan mengandaikan yang pelajar-pelajar ini sedang menerima akibat dari pilihan  tindakan mereka sendiri.


Yang salah itu tetap salah, persoalannya apakah tindakan terbaik yang perlu diambil untuk mengelakkan pelajar-pelajar ini daripada terus terjebak dengan kesalahan di masa hadapan.
Mereka ini bukan pelajar-pelajar yang selalu bertamu di pusat sumber. Harus lebih gigih memikirkan cara bagaimana saya boleh menghulurkan  bantuan untuk mendorong mereka.

Hanya MAHU yang akan menghidupkan  TAHU.





Read more...

3 May 2013

Posted by cikgu nadia | 0 comments

Tuan Muda mendapat ganjaran.

Tuan Muda Afeef sedang menikmati hidangan aiskrim Tutti Frutti idaman hatinya dengan penuh bahagia
 
Aplikasi Teknik Memberikan Ganjaran Cara Nabi Muhammad SAW
 
Dek teruja selama ini mengikuti perkembangan aplikasi teknik dorongan cara nabi muhammad SAW oleh rakan-rakan, kali ini kami memilih untuk melakukan salah satu lagi tekniknya.
Sepanjang tempoh persediaan pra dan ketika peperiksaan yang baru berlalu, Afeef telah menunjukkan kesungguhan dan fokus yang meningkat berbanding dengan sebelumnya. Latih-tubi ulangkaji dilakukan secara berterusan dan bersungguh-sungguh. Tempo pembelajarannya bertukar dari berjalan-jalan santai kepada berlari-lari. Beliau juga lebih berdisiplin mengikuti jadual hariannya. JUga amalan-amalan tambahan seperti sembahyang hajat dan sunat turut tidak dilupakan.
Impaknya, beliau lebih bersedia dan yakin kala hari peperiksaan. Tiada reaksi 'jiwa kacau' yang ditunjukkan kala pulang dari sekolah pada hari peperiksaan. [aksi jiwa kacau ini akan terjadi apabila beliau menghadapi kesukaran/ketidakpastian semasa peperiksaan]
Apabila ditanya tentang bagaimana beliau menghadapi peperiksaannya, tiada lagi jawapan yang berbunyi 'Entahlah' atau 'Tak tahulah'.. Jawapan yang lebih positif dan berbunga harapan menjadi pengganti.
alhamdulillahhh...syukur pada allah swt
Keputusan peperiksaan belum lagi diketahui, tetapi sebagai ganjaran di atas perubahannya yang sungguh positif , Afeef dibelanja abahnya Tutti Frutti yang sangat disukainya.
[Perlu dinyatakan dengan jelas ganjaran itu untuk apa perbuatan baik dan positif yang telah dilakukan]
Sekiranya diizin Allah keputusan kali ini cemerlang, kami akan fikirkan ganjaran positif yang lain tapi buat masa ini tiada janji apa-apa yang diberikan sebagai 'umpan' kejayaan.
Afeef telah sedia faham yang usahanya untuk belajar perlu dibebaskan dari pengharapan habuan atau janji-janji kebendaan.
 ............................................................................................................................
Memetik satu catatan dari blog cikgu Khairulaniza Khairuddin [ini antara rakan sumber inspirasi saya]:
"Nabi Muhammad ada memberi ganjaran material. Sebagai contoh, selepas perang Nabi Muhammad membahagi-bahagikan harta rampasan perang kepada anggota tenteranya.
Beberapa panduan memberikan ganjaran sosial cara Nabi Muhammad. 
  1.  Ganjaran diberikan selepas prestasi kerja mereka meningkat naik, yakni ada kemajuan.
  2. Semua orang dalam kumpulan menerima ganjaran material masing-masing, yakni tidak ada yang tidak menerima ganjaran material.
  3. Nabi tidak mengucapkan janji akan memberi hadiah sebelum kerja dilakukan.
Read more...

9 January 2013

Posted by cikgu nadia | 0 comments

Bintang untuk kebaikan vs demerit untuk kesalahan.


Taklimat ringkas dan gotong royong hari ini menemukan saya dengan hampir kesemua pengawas pss sessi pagi. Pertama kali berpeluang mengaplikasikan teknik mendorong gaya nabi. Kami mengadaptasikan teknik memberi ganjaran sosial/markah. Setiap kebaikan yang dilakukan oleh pelajar samada ia tugas rasmi ataupun inisiatif sendiri akan diberikan ganjaran bintang. Kami minta mereka rebut setiap peluang untuk membuat kebaikan dan kebajikan. Ianya akan menyukakan orang lain (dan dapat bintang), Allah pun suka dan dikurniakan pahala.
Kesan serta merta dapat dilihat terhadap pelajar. Mereka kelihatan gembira dan sungguh bersemangat menyudahkan gotong royong yang berlangsung sejurus selepas sesi taklimat.
Kami pun suka!

Semoga Allah merahmati anak-anak ini dan semoga tahun 2013 membawa perubahan positif yang besar kepada PSPZ, aminnn.
[Sebelum ini fokus arahan adalah supaya jangan melakukan kesalahan. Sekarang fokusnya adalah kepada lakukan kebaikan sebanyak mungkin. Anak panahnya sama tapi pendekatan berbeza.]
Read more...